Monday, December 15, 2008
Thursday, November 27, 2008
Saturday, November 22, 2008
From Singapore To BUMI KENYALANG (Kuching)
BUMI KENYALANG itu Gelaran bagi Negeri Sarawak, Negeri Terbesar di Malaysia, Mempunyai Pelbagai kaum antaranya Melayu, Cina, India dan Kaum Peribumi. Budaya yang amat berbeza antara semenanjung yang rata-rata , melayu, india dan cina adalah etnik majoriti.
Anak gadis Melanau .....
Sehingga kini rata-rata masyarakat peribumi masih lagi berpegang teguh pada adat dan pantang larang , namum kebanyakan sudah berubah kehidupan dari tradisi ke modem, rumah panjang tidak lagi di gunakan dan pertanian bukan mata pencarian .
So sesiapa nak ke kuching dan carik rumah panjang , jangan bermimpi lah.., Jadi dengan merialisasikan impian anda itu, pihak berwajib ada menyediakan tempat dimana semua etnik ini berkumpul dan mempersembahkan budaya mereka ke mata dunia, Sarawak cultural Village , Santubong , berkeluasan 64 hektar, adalah lokasi terbaik untuk pelancong,
Sunday, November 16, 2008
From Bukit Changgang to Geylang Road Singapore
Disini Penulis membayangkan keadaan Geylang Road Singapore seakan-akan Nasib yang akan di terima kampungnya , Keadaan yang terkini, dengan bangunan yang rata tanpa seurat ruang ditinggalkan.
Pusat Dakwah Islam untuk Saudara Baru di Singapore
Sambutan Hari raya yang masih terasa di seperuk kawasan Melayu disingapore.
Penulis Di Kawasan Peniaga Melayu Geylang dan Kampung Glam , Ternyata Makanan Tradisi Masih Utuh tanpa di telan zaman dan keadaan,Putu Piring, Pelanggan Beratur Membeli.
Makanan Muslim adalah penting , sebahagian boleh di dapati di onan road, seragoon road (mamak`s) , geylang , Kampung Glam (juga didapati istana kampung glam sultan singapore dulu-dulu la)
Sebahagian dari Masjid Kampung Glam tradisinya Melayu di tanah singapura
Saturday, November 15, 2008
Dari Kampung Ke Pekan Baru Bukit Changgang ?...
Dari Kampung ke Pekan Baru Bukit Changgang?... Senario yang Menghantui segenap penduduk kampung bukit changgang yg berusia ratusan tahun. Project Mega , Genting Sanyen Paper Industri , Kuala lumpur International airport dan Megasteel industri membayangkan Pekan Baru akan berubah menjadi Bandar besar seperti senasib Subang International Airport dengan Kampung Baru Subang dan Subangjaya.
Penulis dengan tanah kelahiran melalui zaman kezaman yang membawa kepada penilaian yang sedemikian. Tepuk dada tanye selera, yang mana rata-rata penduduk adalah mempunyai talian saudara yang akrab, kemana hendak dibawa kampungku yang telah dirizabkan sebagai hak melayu hanya untuk 99tahun . Segenerasi telah berlalu , berikut generasi yang akan datang adakah sedia menghadapi keadaan yang mendatang.
Keadaan demi keadaan berubah semasa ke semasa, di himpit dengan pembangunan. Kicau burung , Sungai nan jernih mengalir didalam bersama penghuninya sesejuk embun pagi, pokok buahan ranum menunggu masa untuk ditarah.
Disini juga penulis membayangkan keadaan setelah 10 tahun berhijrah keluar dan kembali menabur bakti kepada tanah tercinta.
Permandangan KLIA International Airport , 5KM Bukit Changgang
PROJECT MEGA , GENTING SANYEN PAPER INDUSTRI DAN MEGASTEEL INDUSTRI
Subscribe to:
Posts (Atom)